fbpx

Tielemans diangkat sebagai wira The Foxes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIELEMANS (depan) meraikan kejayaan The Foxes menjulang Piala FA dengan cara tersendiri selepas Leicester menewaskan Chelsea 1-0 pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi semalam.

LONDON – Wira Leicester City, Youri Tielemans memuji Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila pasukan itu menjulang Piala FA selepas menang 1-0 ke atas Chelsea pada perlawanan akhir di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Tielemans diangkat sebagai wira apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-63 menerusi sepakan menarik dari luar kotak penalti.

Chelsea berpeluang menya­makan kedudukan, namun ja­ringan sendiri Wes Morgan tidak disahkan selepas VAR mendapati Ben Chilwell berada dalam kedudukan ofsaid sebelum gol dijaringkan.

“Terima kasih VAR, satu keputusan yang cukup menakjubkan. Saya tahu ia sukar untuk pe­ngadil tetapi mereka perlu buat keputusan tersebut kerana ia memang ofsaid.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan memenangi Piala FA. Satu perlawanan yang sukar, jadi ia membuatkan kemenangan ini lebih bermakna,” kata Tielemans.

Selain itu, dia juga mendedikasikan kemenangan tersebut kepada pemilik kelab, Aiyawatt Srivaddhanaprabha atas komitmen mereka terhadap pasukan.

“Saya rasa sedikit emosi kerana saya tujukan kemenangan kepada Top (Srivaddhanaprabha) atas usaha keluarganya membina pasukan ini dengan legasi tersendiri,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI