fbpx
Mereka yang sudah menerima suntikan itu terdiri daripada petigas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, pekerja sektor perkhidmatan masyarakat dan warga emas. - Suara.com

13.7 juta penduduk Indonesia telah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seramai 13.7 juta penduduk Indonesia disahkan sudah menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor Suara.com kelmarin.

Mereka yang telah menerima suntikan itu terdiri daripada petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, pekerja sektor perkhidmatan masyarakat dan warga emas.

Daripada jumlah itu, seramai 8.9 juta penduduk telah menerima suntikan dos kedua atau sudah divaksin secara penuh.

Menurut Persatuan Petugas Covid-19 Indonesia, suntikan dos pertama vaksin telah diberikan kepada 34 peratus daripada 40.3 juta penduduk yang menjadi sasaran vaksinasi Covid-19 bagi fasa satu dan dua.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyasarkan memberi suntikan vaksin kepada 181 juta atau 70 peratus populasi rakyatnya bagi mencapai imuniti kelompok.

Bagi mempercepat sasaran itu, Indonesia bercadang memperbanyak dan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin dalam masa terdekat. -Agensi

POPULAR