fbpx

Tak layan cinta kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farisha sentiasa menjaga imej dan penampilan bagi mendapatkan apa diingnkan

Ketika sedang berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah, gadis berasal dari Johor Bahru, Johor, Nur Farisha Ilyana Dahalan, 23, enggan menjadikannya sebagai alasan untuk dia bersenang-se­nang.
Dengan kecantikan dan kebijaksanaan yang dimiliki, dia mencari wang saku sendiri de­ngan melakukan kerja bebas atau ‘freelance’.
Memiliki lebih 42,000 pengikut di Instagram, dia yang lebih mesra disapa Farisha tidak mensia-siakan masa yang ada untuk melakukan banyak kerja pada satu masa walaupun sedang menjalani praktikal.
Pernah terpalit dengan isu kontroversi gara-gara bercinta dengan seorang bintang bola sepak, gadis ini mengambil pendekatan untuk tidak melayan isu yang hangat diperkatakan netizen ketika itu.

Farisha kini fokus belajar, berdikari sebagai freelance

Ikuti temu bual Kosmo! Ahad bersama Farisha.

Kosmo! Ahad: Sejak bila Farisha menjadi ‘freelance’?
Farisha: Saya mula buat kerja ni masa umur saya 18 tahun. Ketika itu saya masih di tahun pertama jurusan diploma di Universiti Institut Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor.

Kenapa pilih jadi ‘freelance’ ketika belajar?
Memandangkan saya seorang student, ‘freelance’ memudahkan saya kerana tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Kalau ada waktu lapang baru saya terima kerja tu.

Bagaimana Farisha uruskan masa ketika belajar?
Kebiasaannya, saya akan membuat satu jadual untuk me­nguruskan masa saya. Jadi, bila ada kerja masuk, saya akan tulis siap-siap dalam jadual tersebut. Pada masa sama, ia tidak mengganggu ketika saya ada kelas online. Selalunya kerja-kerja itu saya akan buat pada waktu hujung minggu.

Selain itu, apa yang Farisha suka buat ketika waktu la­pang?
Kalau ada waktu lapang, saya suka keluar dengan rakan-rakan atau keluarga. Salah satu cara untuk meluangkan masa bersama mereka adalah ketika jadual saya kosong dan tiada kelas online.

Apa perkara yang Farisha teringin sangat untuk lakukan?
Saya amat teringin bawa keluarga bercuti dengan menggunakan duit saya. Tapi, meman­dangkan sekarang sedang pandemik Covid-19, keinginan saya itu tidak tercapai lagi.

Apa prinsip yang diamalkan untuk terus kekal berjaya pada waktu ini dan akan datang?
Sentiasa menjaga penampilan dan imej yang baik, menjaga nama baik keluarga serta tidak berputus asa dan buat yang terbaik untuk mendapatkan apa yang saya inginkan.

Anda pernah dikaitkan dengan isu ‘panas’ bersama seorang pemain bola sepak. Bagaimana anda mengawal keadaan pada ketika itu?
Waktu itu saya hanya mendiamkan diri dan tidak layan semua komen yang boleh membuatkan saya down mahupun sedih.

Walaupun isu itu sudah lama, masihkah ada lagi gosip itu?
Kisah itu sudah empat tahun berlalu. Jadi, tiada lagi orang kaitkan saya dengan si dia. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

Apa status Farisha sekarang? Sudah berpunya?
Saya masih belum berpunya, namun sedang mengenali seseorang.

Sekiranya diberikan tambahan masa, perkara apa yang anda akan lakukan?
Saya akan lakukan perkara yang buat saya gembira. Saya akan meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan-rakan saya kerana mereka adalah golongan yang istimewa buat saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI