fbpx

Surat terbuka U-Wei untuk Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengarah prolifik, U-Wei Saari terkilan permohonan mendapatkan Dana Kandungan Digital untuk filem arahannya, Wangi Jadi Saksi tidak diluluskan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) disebabkan campur tangan ‘orang atas’.

Katanya, penolakan terhadap filem kenegaraan itu didakwa dipengaruhi Ketua Pengarah Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang dipercayai menggunakan kuasa veto menentukan nasib sesebuah filem atau sebarang kelulusan pengagihan dana.

“Secara langsung mahu pun tidak, anda memainkan peranan dalam keputusan itu. Saya katakan begitu daripada tangkapan sumber Finas yang mengendalikan dana apabila beliau menyebut ‘keputusan dari atas’ dan ‘immediate boss’ beliau adalah saudara sendiri, Ahmad Idham

“Saya tidak faham campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah Eksekutif dalam menentukan keputusan setelah mengamanahkan pegawai anda dan pakar, malah saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan selain menunjuk kuasa anda yang ada.

“Sebagai pembikin filem (menulis, mengarah dan menerbit), saya tidak sedar atau tahu kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya bermutu tinggi atau filem yang boleh diterima di peringkat antarabangsa,” luahnya menerusi sepucuk surat terbuka hari ini.

Tegas U-Wei lagi, penglibatan Idham dalam menentukan kelulusan sesuatu projek dengan menggunakan kuasa veto dianggap sebagai penghinaan terhadap kebijaksanaan panel yang dilantik Finas sendiri.

Pada masa sama, pengarah yang meraih pelbagai anugerah di pentas antarabangsa itu memaklumkan penghasilan filem kenegaraan harus menerusi proses yang dari peringkat awal, bukan hanya mengikut hati.

“Ia mengambil kira beberapa faktor awal yang sangat penting termasuk projek berpotensi supaya dapat mengetengahkan nama negara, pembikin dengan latar kuat yang punya konsistensi dalam penghasilan filem berkualiti selain syarikat berkebolehan.

“Semua itu harus menjadi keutamaan dan amat tidak wajar serta memalukan sekiranya ada pihak yang mengikut rasa hati dalam menentukan siapa yang layak dan patut mengerjakannya,” tambah sutradara terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI