fbpx
Kes COVID-19 di Amerika Syarikat menurun satu pertiga dalam dua minggu terakhir. - EPA/EFE

Rakyat AS sudah divaksin dibenar tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 tidak lagi diwajibkan memakai topeng pelitup muka di kawasan terbuka atau melakukan penjarakan fizikal, lapor akhbar New York Times semalam.

Garis panduan baharu dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) itu adalah satu bentuk usaha bagi mengembalikan kehidupan normal pra-pandemik Covid-19.

“Ini adalah saat yang dinantikan kita semua. Jika anda sudah menerima dua dos suntikan vaksin, anda boleh melakukan perkara yang sebelum ini terhalang akibat pandemik,” kata Pengarah CDC, Dr. Rochelle P. Walensky dalam satu sidang media di White House semalam.

Kebenaran untuk menghentikan pemakaian topeng pelitup muka juga menawarkan insentif kepada berjuta-juta orang yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Sehingga kelmarin, seramai 155 juta individu sudah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin namun hanya satu per tiga daripada rakyat negara itu telah divaksin sepenuhnya. 

Presiden AS, Joe Biden semalam berkata garis panduan baharu itu merupakan pencapaian negara dalam menangani pandemik Covid-19 dan menggesa warga AS untuk bersedia menerima suntikan vaksin. -Agensi

POPULAR