fbpx

Tengkorak, serpihan tulang manusia dalam parit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengkorak yang ditemui di dalam parit oleh seorang pemotong rumput di Batu 18,Guar Cempedak petang semalam.

YAN- Satu tengkorak bersama beberapa serpihan tulang manusia ditemui di dalam parit dekat batas ban kawasan sawah padi di Batu 18, Guar Chempedak di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, tengkorak dan serpihan tulang itu ditemui seorang pemotong rumput ketika membersihkan semak di situ pada pukul 5.15 petang.

“Sebaik menerima laporan, polis bergegas ke lokasi dan dengan bantuan pihak bomba, kita berjaya menemui tengkorak serta beberapa serpihan tulang terendam di dalam air di parit tersebut.

“Semakan selepas mengumpul semua tulang di situ mendapati tiga tulang tangan tiada dipercayai telah dihanyutkan air atau dilarikan haiwan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan di lokasi turut menemui sehelai baju kemeja dan kain pelikat dipercayai milik mangsa.

“Tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui dan siasatan awal di lokasi juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Pihak kita kemudian membuat semakan melalui rekod orang hilang dan mendapati satu laporan dibuat pada 15 Mac lalu membabitkan seorang lelaki berumur 84 tahun yang
beralamat di Jalan Batu 18, Guar Chempedak,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk pengesahan sebenar identiti mangsa.

“Kesemua tulang serta tengkorak dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI