fbpx

Honor lancar komputer riba, gelang pintar esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengeluar peranti pintar terkemuka global, Honor bakal melancarkan komputer riba, Honor MagicBook 15 dan gelang pintar, Honor Band 6 di pasaran tempatan esok.

Honor MagicBook 15 dijual pada RM3,699 manakala Honor Band 6 yang berharga RM189 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Kedua-dua produk terbaharu itu boleh didapati di premis Honor Experience Store seluruh negara selain melalui online di Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store.

Honor menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, berbanding dengan model komputer riba generasi terdahulu, Honor MagicBook 15 memberikan prestasi lebih cekap dengan cip pemprosesan terbaharu Intel Core i5 Generasi 11 serta WIFI-6.

Honor MagicBook 15

“Skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci (39.6 sentimeter) dengan resolusi 1920X1080 pada komputer riba ini mendapat persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland, yang melindungi kesihatan mata dari cahaya biru, membuatkan mata pengguna lebih selesa dan tidak penat ketika menggunakannya.

“Ia juga mempunyai daya ketahanan baik kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium serta telah melalui pelbagai ujian makmal untuk memastikannya tidak mudah tercalar apabila terhentak pada permukaan keras.

“Dengan berat 1.56 kilogram dan ketebalan hanya 16.9 milimeter, ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja,” katanya.

Sempena pelancaran, pembeli Honor MagicBook 15 berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM300 yang merangkumi sebuah beg galas, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah Honor.

Honor Band 6

Sementara itu, Honor Band 6 menampilkan skrin Amoled 1.47 inci (3.7 sentimeter), 148 peratus lebih besar berbanding model generasi terdahulu yang memudahkan pengguna membaca maklumat dipaparkan.

Ia menampilkan fungsi 10 mod senaman yang akan ditambah kepada 96 mod senaman pada masa depan, dan dilengkapi sensor 6-paksi.

Honor Band 6 menjanjikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal. Menariknya, pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk gelang pintar ini bertahan selama 3 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI