fbpx

‘Saya ambil tanggungjawab jika ada pelanggaran SOP’ – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – “Saya mengambil tanggungjawab tentang perkara ini sekiranya terdapat pelanggaran kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa,” kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Penjelasan diberikan Mohd. Zuki itu adalah berhubung sesi ringkas pemberian sumbangan Hari Raya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) yang didakwa melanggar SOP.

Mohd. Zuki berkata, sesi itu diadakan pada hari ini iaitu sehari sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang akan bermula esok.

“Untuk makluman, Putrajaya adalah wilayah di bawah penguatkuasaan PKP Pemulihan (PKPP)
di mana penganjuran majlis sosial dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Sesi ringkas secara simbolik ini adalah sesi pemberian sumbangan saya selaku penasihat Puspanita kepada staf Puspanita seramai sembilan orang yang berlangsung selama 10 minit,” katanya.

Katanya, pihak penganjur juga telahpun dimaklumkan berkaitan perkara ini dan tindakan sewajarnya akan dilaksanakan.

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula esok hingga 7 Jun ini susulan trend peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara.

PKP3.0 menetapkan bahawa semua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis rasmi kerajaan dan swasta adalah dilarang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI