fbpx

Ketetapan baharu solat sunat Aidilfiri Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.

Itu ketetapan baharu pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 7 Jun ini.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapn baharu itu turut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, bagi masjid dan surau dengan kapasiti kurang 1,000 jemaah pula, hanya 20 dibenarkan bagi solat sunat Aidilfitri.

“Solat sunat Aidilfitri perlu mematuhi penjarakan 1.5 meter manakala, takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal pula dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 10 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa atau pegawai masjid sahaja sehingga pukul 10 malam.

“Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, majlis jamuan Hari Raya dan aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan manakala, kuliah dan tazkirah secara bersemuka adalah tidak dibenarkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan turut terpakai bagi solat Jumaar dan solat fardu.

Katanya, beliau berharap agar smoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus melipatgandakan amalan di penghujung Ramadan serta bermunajat dengan penuh pengharapan agar penularan wabak Covid-19 di negara ini segera berakhir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI