fbpx

Tak perlu beli baju raya – Datuk Bandar Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mula membanjiri pusat-pusat beli-belah di Bandung sejak hujung minggu lepas. - Antara/Bagus Ahmad Rizaldi

JAKARTA – Penduduk Bandung digesa agar menahan diri daripada membeli baju raya di pusat-pusat beli-belah bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes Covid-19, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Datuk Bandar Bandung, Oded M Danial berkata, ini kerana pusat-pusat beli-belah di sekitar bandar itu sering dikunjungi orang ramai yang ingin membeli-belah barangan kelengkapan raya sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan.

“Saya berharap semua orang dapat menahan diri (daripada membeli-belah).

“Semoga tiada kejadian kesesakan di lokasi-lokasi lain agar tidak berlaku peningkatan kes,” ujarnya.

Tambah Oded, sikap orang ramai yang sanggup bersesak di pusat beli-belah menggambarkan seolah-olah wabak Covid-19 telah berakhir.

“Pagi tadi saya melihat terdapat beberapa lokasi yang sesak dengan orang ramai yang membeli-belah.

“Jika masyarakat sendiri tidak sedar akan perkara ini, ia akan menyusahkan semua pihak,” katanya.

Keadaan pusat-pusat beli-belah di Bandung yang sesak dengan orang ramai telah bermula sejak hujung minggu lepas dengan ribuan penduduk membanjiri lokasi-lokasi tumpuan untuk membeli barangan kelengkapan raya.

Susulan keadaan itu, anggota polis dan keselamatan terpaksa mengawal lalu lintas serta pergerakan orang ramai. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI