fbpx

Promosi jualan ayam sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) terpilih untuk mengadakan promosi jualan ayam murah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Nafas menerusi satu kenyataan berkata, harga ayam yang dijual bersempena sambutan musim perayaan itu adalah di antara RM5.50 hingga RM6 seekor bagi ayam jenama Peladang (1.2Kilogram) dan RM11 seekor bagi ayam potong jenama Peladangku (2Kilogram).

Senarai lokasi penjualan ayam dengan harga promosi.

Menurut kenyataan itu, promosi jualan ayam murah diadakan di lapan negeri serta lokasi terpilih pada 11 dan 12 Mei 2021. Orang ramai yang mahu mendapatkan bekalan ayam dengan harga yang murah boleh mengunjungi lokasi yang telah ditetapkan.

“Bagi membolehkan lebih ramai orang berpeluang menikmati harga promosi ini, kami telah menetapkan bahawa hanya dua pek sahaja yang boleh dibeli oleh setiap pelanggan.

“Ayam yang dijual juga terhad kepada 2,000 ekor ayam sahaja di setiap lokasi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini kerana ayam ini adalah jenis ‘Super’ dan standard jenama Peladang. Ia dijamin bersih, berkualiti dan pastinya halal,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, ayam Super Peladang adalah ayam tanpa isi perut, kaki dan kepala yang bersih serta sedia untuk dimasak selain segar dari ladang dan dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI