fbpx

Hariss tinggalkan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT melepaskan kapten pasukannya, Hariss Harun selepas hampir tujuh tahun menggunakan khidmat pemain kelahiran Singapura itu. - Foto JOHOR SOUTHERN TIGER

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) sah melepaskan kapten pasukannya, Hariss Harun yang telah bersama menjalani tranformasi kelab selatan tanah air berkenaan sejak tahun 2014.

Perkara itu dimaklumkan skuad Harimau Selatan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi mereka, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, Hariss menyertai JDT selepas menjulang gelaran Liga Super bersama LionsXII sebelum memenangi tujuh lagi kejuaraan liga berturut-turut, Piala AFC 2015 dan sembilan trofi domestik lain.

“JDT dan Hariss telah bersetuju menamatkan kontrak bagi menghormati keputusan pemain itu untuk kembali ke Singapura atas urusan keluarga disebabkan pandemik Covid-19 yang menyukarkan beliau berulang-alik secara kerap.

“Hariss telah melakukan 197 penampilan, bermain selama 15,367 minit, menjaringkan 12 gol, melakukan lima bantuan jaringan dan sering kali mempertahankan benteng pertahanan dari bahagian tengah buat JDT.

“Hariss selayaknya menggelarkan diri beliau sebagai legenda JDT,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, skuad Harimau Selatan bagaimanapun sentiasa bersedia untuk menerima kembali kedatangan pemain Singapura itu pada masa depan.

“Pintu di JDT sentiasa terbuka untuk apa jua khidmat pada masa akan datang. Selamat maju jaya, Hariss!,” menurut kenyataan itu lagi.

Pemain tengah berusia 31 tahun itu merupakan antara tonggak penting yang membantu skuad negaranya, Singapura untuk merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI