fbpx

FB Selangor Fanatik mohon maaf admin doakan Arif Aiman cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arif Aiman.

PETALING JAYA – Pengendali laman sosial (admin) Facebook Selangor Fanatik hari ini mengeluarkan kenyataan maaf mereka terhadap satu komen balas yang dilakukan oleh salah seorang bekas admin mereka yang mendoakan agar penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman mendapat kecederaan.

Melalui satu kenyataan Selangor Fanatik berkata, admin yang membuat komen balas itu juga telah mengundurkan diri secara sukarela malam tadi selepas satu mesyuarat yang diadakan pada minggu lalu.

“Terlebih dahulu kami dari Selangor Fanatik memohon maaf kepada seluruh penyokong bola sepak Malaysia khususnya buat penyokong Selangor di atas komen balas yang dilakukan oleh salah seorang bekas admin kami yang mendoakan agar Arif Aiman kena kena kecederaan di lutut (anterior cruciate ligament).

“Keputusan awal mesyuarat yang dibuat minggu lalu sekadar beri amaran terakhir kepada bekas admin kami itu.

“Namun setelah pertimbangan menyeluruh berikutan keadaan semasa kami sebulat suara dengan memperoleh persetujuan bersama individu tersebut maka malam tadi beliau telah mengundurkan diri secara sukarela sebagai admin page,” jelas laman tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak mereka memandang serius berkenaan isu tersebut dan akan mengawal secara ketat admin-admin yang ada untuk tidak mengulangi perkara terbabit.

“Kami memandang serius isu ini kerana ia melibatkan kredibiliti admin-admin yang terlibat dalam pengendalian page Selangor Fanatik ini. Kami yakin ramai mengetahui bahawa page ini hanya melontarkan fakta-fakta ketika komen balas dan bukan melalui emosi.

“Justeru itu sekali lagi kami dari Selangor Fanatik memohon maaf bagi pihak si pelaku di atas keterlanjuran beliau dan kami akan cuba untuk mengawal supaya perkara sebegini tidak akan berulang lagi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI