fbpx

Hariss lagenda JDT – Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hariss Harun atas khidmat menjulang kejayaan kepada pasukan JDT.

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengangkat Hariss Harun yang pernah memakai lilitan kapten pasukan Harimau Selatan sebagai legenda kelab tersebut.

Tunku Mahkota Johor itu berkata, keputusan pemain kelahiran Singapura itu menyertai JDT daripada berhijrah ke Portugal membantu pasukan menjadi pasukan paling berjaya dan berpengaruh di negara ini.

Tunku Ismail berkata, Hariss merupakan pemain pertama yang ditandatanganinya pada saingan liga musim 2014 setelah menyedari kehadirannya mampu memperkuatkan bahagian tengah JDT.

“Saya bertemu pemuda ini dan memberitahu beliau tentang projek saya, aspirasi, serta apa yang tidak lengkap pada kelab dan bertanya seandainya beliau boleh membantu.

“Beliau sudah hampir ke Portugal ketika itu tetapi saya yakinkan beliau ke sini untuk memenangi kejuaraan. Beliau bersetuju untuk bersama-sama dengan kami ketika pasukan ini tidak mempunyai apa-apa,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail memberitahu, Harris yang membuat 165 penampilan bersama JDT telah menjadi tulang belakang dan merupakan bahagian yang penting dalam kelab berkenaan.

“Hariss, saya secara peribadi dan bagi pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya dalam karier anda.

“Anda sentiasa akan mendapat sokongan saya, sokongan kami dan anda akan sentiasa menjadi sebahagian dari keluarga JDT, dan seorang legenda JDT,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI