fbpx

China haramkan video mukbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video mukbang yang menjadi trend di seluruh dunia kini diharamkan di China. - Keemi/YouTube

BEIJING – Pemerintah mengharamkan penyiaran video mukbang di China susulan kempen untuk menghapuskan pembaziran makanan yang diumumkan baru-baru ini, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Mukbang merupakan klip video memaparkan seseorang makan pelbagai jenis makanan, dalam kuantiti yang banyak dan penuh berselera sambil berinteraksi dengan penonton.

Di bawah undang-undang baharu di China, penduduk dilarang mempromosikan kandungan makanan berlebihan secara terbuka ama ada di media sosial atau tempat awam.

Denda berjumlah 100,000 yuan (RM63,938) akan dikenakan terhadap mana-mana media dan penerbit yang menyebarkan kandungan memaparkan aktiviti makan dalam kuantiti banyak, memberi reaksi berlebihan dan membazir makanan.

Susulan peraturan baharu itu, lembaga penapisan di China telah memadamkan kandungan-kandungan seumpama itu dari laman-laman media seperti TikTok Douyin.

Video mukbang menjadi trend serta mendapat tontonan tinggi di YouTube. Ia sering memaparkan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang banyak, kesemuanya dinikmati oleh YouTuber dengan penuh perasaan.

Di bawah rangka undang-undang sama, pengusaha restoran dan katering yang mempromosikan atau mengelirukan pengguna untuk memesan makanan dalam kuantiti yang banyak atau menyebabkan pembaziran boleh dikenakan denda sehingga 10,000 yuan (RM6,393).

Perniagaan yang menyebabkan pembaziran makanan ketika proses pembuatan pula boleh dikenakan denda maksimum 50,000 yuan (RM31,967).

Berikutan peraturan ketat itu, sebilangan restoran dan perniagaan di China telah mula mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan berlakunya pembaziran makanan di premis mereka.

Salah satunya adalah sebuah restoran di Hunan yang menawarkan menu dalam kuantiti mengikut berat badan pelanggan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI