fbpx

Van Der Sar dapat sokongan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DER SAR dianggap calon terbaik untuk menggantikan Woodward di United dan ia mendapat sokongan daripada sebahagian besar peminat kelab itu. – AFP

MANCHESTER – Bekas pemain pertahanan Manchester United,­ Rio Ferdinand menyokong cadangan untuk pasukan itu mendapatkan khidmat Edwin Van Der Sar sebagai pengganti kepada Ed Woodward mengisi kekosongan bagi jawatan Naib Pengerusi Eksekutif.

Bekas penjaga gol United itu kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ajax Amsterdam, namun menyatakan minatnya untuk kembali menabur bakti di Old Trafford jika diberikan peluang.

Van Der Sar sebelum ini me­ngakui bahawa beliau hanya berminat untuk bekerja bersama dua kelab sahaja iaitu Ajax dan United, iaitu kelab yang pernah menjulang namanya dalam karier sebagai pemain.

Bagaimanapun, sekiranya Van Der Sar kembali ke Manchester, beliau juga dikatakan akan bertindak sebagai pengarah sukan kelab itu di mana United masih belum mempunyai individu yang mengisi jawatan ber­kenaan.

“Satu lagi Ed yang akan berada di United tetapi Ed (Edwin) ini lebih baik berbanding sebelum ini. Saya fikir jika kelab melihat beliau sebagai calonnya, itu adalah satu keputusan yang baik.

“Saya banyak bercakap dan berbincang bersama Edwin, beliau seorang yang baik,” katanya.

Ferdinand menambah, sesiapa sahaja yang dipilih untuk menggantikan peranan Woodward perlu memiliki satu pemikiran untuk menyeimbangkan antara perniagaan dan falsafah bola sepak kelab itu sendiri.

Beliau percaya, kegagalan untuk memahami mengenai per­kara itu menyebabkan cadangan penganjuran Liga Super Eropah menemui kegagalan sehingga mencetuskan protes dalam kalangan penyokong United pada Ahad lalu.

“Mereka yang berada di kedudukan itu perlu bijak untuk memahami mengenai keperluan perniagaan dan pembangunan bola sepak.

“Apabila seseorang itu mempunyai dua elemen ini di dalam dirinya ia akan memacu kelab ke arah kejayaan yang mereka inginkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI