fbpx

Tindakan Korea Utara bakal berikan kesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara akan berdepan baki tiga perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand selepas ini.

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) digesa membuat keputusan terbaik berhubung desas-desus yang mendakwa Korea Uta­ra mahu menarik diri daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, peluang Harimau Malaya bakal terjejas sekiranya Korea Uta­ra menarik diri meskipun berada dalam kumpulan berbeza.

Justeru, beliau menyerahkan segalanya kepada AFC untuk melakukan keputusan terbaik mengenai laporan tersebut kerana ia mampu mengundang kesan negatif kepada Malaysia.

“Saya fikir AFC sepatutnya buat keputusan terakhir mengenai kedudukan Korea Utara serta pengiraan slot pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia yang boleh beri kesan kepada pasukan negara.

“Kita tahu sekiranya Korea Utara tarik diri, ia akan beri kesan negatif kepada Harimau Malaya kerana akan menyebabkan baki tiga perlawanan menjadi sangat pen­ting,” kata Stuart.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis undian Liga M3 2021 serta perjanjian penajaan antara Liga Amatur Malaysia (AFL) dan Extra Joss di Kuala Lumpur kelmarin.

Sekiranya Korea Utara benar-benar menarik diri daripada saingan kelayakan, keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam setiap kumpulan mungkin tidak dikira.

Justeru, dua kemenangan Harimau Malaya ke atas Indonesia dalam saingan Kumpulan G tidak akan dikira, namun masih berpeluang untuk layak ke Piala Asia 2023 selain mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 menerusi tempat kedua terbaik.

Meskipun berdepan si­tuasi tersebut, namun Stuart tetap yakin skuad kendalian Tan Cheng Hoe boleh melakar keputusan positif dalam baki tiga perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

“Saya fikir pasukan kebangsaan sudah bersedia untuk turun dan memenangi baki perlawanan. Keadaan itu tidak akan ubah semangat serta objektif pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI