fbpx

Serpihan 18 tan timpa Bumi hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan roket Long March-5b dijangka akan jatuh ke Bumi. -Xinhua

WASHINGTON – Serpihan daripada sebuah roket China dijangka jatuh ke Bumi dalam kemasukan semula  luar kawal pada hujung minggu ini.

Segmen utama roket Long March-5b digunakan untuk melancarkan modul pertama stesen angkasa lepas China yang baharu pada bulan lalu.

Memiliki berat 18 tan, serpihan itu adalah antara benda paling besar pernah menjunam ke dalam atmosfera sejak beberapa dekad lalu.

 Semalam, Amerika Syarikat menyatakan bahawa pihaknya memantau rapi laluan objek tersebut.

Washington bagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk menembak serpihan tersebut.-  Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI