fbpx

Tok Mat berdepan hukuman penggantungan 15 tahun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD dijangka membuat sidang akhbar mengenai masa depan PSM sama ada hari ini atau esok.
PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun berkuatkuasa hari ini oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) selain didenda AS$25,000 (RM102,937).
Pengerusi Panel Perbicaraan Disiplin Astaf, Prof. Chalerm Chaiwatcharaporn berkata, pihaknya membuat keputusan selepas jawatankuasa tersebut bersidang secara dalam talian dan dihadiri wakil dari Indonesia, India, Iran, Jepun, Thailand serta Pakistan.
Ujar beliau, Ahmad Ismail berdepan empat pertuduhan termasuk melanggar Artikel 5.5 undang-undang Astaf dengan menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dengan harapan campur tangan daripada pihak berkenaan berhubung keputusan pemilihan yang berlangsung 1 Mac lalu.
Terdahulu, Ahmad Ismail mendakwa ada penipuan ketika kongres Astaf berlangsung selepas dia serta calon PSM yang lain tewas tanpa mendapat sebarang undi.
“Selepas mendengar semua pendakwaan serta mendapat kenyataan daripada tiga saksi, jawatankuasa mengambil keputusan mengenakan hukuman keseluruhan sebanyak 15 tahun selepas didapati bersalah atas semua pertuduhan.
“Ahmad juga perlu membayar sejumlah AS$25,000 (RM102,937) bagi menanggung kos perbicaraan dan sekiranya gagal, beliau akan dikenakan hukuman penggantungan tambahan sebanyak dua tahun lagi,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Pada sama sama, Ahmad Ismail yang lebih dikenali sebagai Tok Mat mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan bertulis kepada Astaf dan sekiranya gagal, beliau perlu melunaskan bayaran AS$25,000 (RM102,937) dalam tempoh 14 hari berikutnya.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI