fbpx

Khalid sudah hadir beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Tahnik, Maulid dan aqiqah yang diadakan Siti baru-baru ini di kediamannya menerima kecaman ramai baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan telah memanggil Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami,
Datuk Khalid Mohamad Jiwa bagi membantu siasatan berhubung penganjuran majlis tahnik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, namun begitu setakat ini hanya Khalid sahaja yang hadir memberi keterangan.

“Khalid telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam sekitar pukul 12 tengah hari untuk dirakam percakapan sebelum beredar kira-kira sejam kemudian.

“Bagaimanapun Siti Nurhaliza tidak dapat hadir kerana masih tidak sihat ekoran perlu berpantang,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya lagi, jumlah keseluruhan yang sudah dipanggil setakat ini adalah 10 individu termasuk Siti Nurhaliza dan Khalid.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan dan kita akan memanggil beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut (termasuk VVIP dan juga penceramah agama) untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, penyanyi nombor satu negara dan suaminya telah mengadakan majlis tahnik anak kedua mereka, Muhammad Afwa di kediaman di Ampang sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Majlis berkenaan disempurnakan dengan kehadiran ilmuan agama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Justeru itu, polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis berkenaan yang didakwa melanggar SOP PKPB dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI