fbpx

MTKB tentukan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) secara rasminya ditubuhkan semalam berperanan untuk menentukan dasar dan strategi pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, mesyuarat pertama MTKB
berlangsung semalam dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, MTKB akan berfungsi menetapkan sasaran, indikator makro dan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi sektor-sektor penting dalam pembangunan negara.

“Sasaran, indikator makro dan KPI itu kemudian akan dirangka secara inklusif dan menyeluruh bagi mencapai objektif WKB 2030,” katanya.

Katanya, MTKB turut dianggotai 21 orang menteri, empat Ketua Jabatan, dua Ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan tiga Wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India.

Selain itu, katanya, ia turut dianggotai beberapa tokoh-tokoh dan kenamaan yang mempunyai kepakaran serta pengalaman luas dalam sektor ekonomi, pendidikan dan sosial.

Mereka adalah Tan Sri Sulaiman Mahboob, Tan Sri Azman Mokhtar, Datuk Dr. Aini Ideris, Datuk Dr. Asma Ismail, Datuk Dr. Madeline Berma dan Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria.

Mesyuarat pertama MTKB semalam turut mewujudkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif Kemakmuran Bersama (JEKB) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk
Seri Mohd. Redzuan Md Yusof.

Manakala, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri pula akan bertindak sebagai sekretariat MTKB. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI