fbpx

KSM bakal lancar OSHMP 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (dua kanan) menyerahkan surat perlantikan kepada sebahagian ahli MNKKP dalam majlis penghargaan dan pelantikannya di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal melancarkan pelan induk keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHMP) 2025 pada pertengahan Julai depan bagi melonjakkan tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, OSHMP 2025 sama seperti OSHMP 2015 dan 2020 dengan penambahan dan kerjasama dengan beberapa kementerian terbabit secara bersepadu seperti pihak berkuasa tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Dalam Negeri.

“Penambahan ini membabitkan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bagi menjalankan operasi memutuskan rantaian Covid-19 dalam kalangan pekerja asing.

“Majikan perlu mengambil serius serta memberi sokongan kepada kerajaan agar akta ini dapat dilaksanakan dan pekerja tidak dilihat sebagai penyebar rantaian Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan dan pelantikan Ahli Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (MNKKP) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 15 ahli MNKPP terdiri daripada wakil kerajaan, wakil majikan, wakil pekerja dan wakil badan profesional menerima pelantikan bagi sesi 2021-2024 yang telah berkuat kuasa Februari lalu.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman dan Ketua Setiausaha KSM, Datuk Jamil Rakon.

Awang yang juga Pengerusi MNKKP berkata, prestasi KKP negara menunjukkan kadar kemalangan di tempat kerja mencatat penurunan sebanyak 54 peratus dalam tempoh 15 tahun iaitu daripada 5.84 pada 2004 kepada 2.71 (2019).

Menurutnya lagi, kadar kemalangan maut di tempat kerja turut mencatatkan penurunan sebanyak 47 peratus iaitu 7.17 pada 2004 kepada 3.83 (2019).-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI