fbpx

Intimnya Agnes Monica, Adam Rosyadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNES MONICA dan Adam Rosyadi.

SEKEPING foto yang menunjukkan aksi mesra antara penyanyi, Agnes Monica dengan model Adam Rosyadi menarik perhatian netizen,

Masing-masing mula berspekulasi tentang hubungan dua selebriti itu.

Biarpun Agnes mahupun Adam jarang berkongsi momen bersama, namun satu perkongsian foto berpelukan antara mereka ketika menikmati suasana senja di sebuah lokasi baru-baru ini menjadi perhatian ramai peminatnya.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Agnes mahupun Adam, masing-masing masih belum memberikan penjelasan tentang status sebenar perhubungan mereka.

Namun, jika benar Agnes dan Adam benar-benar bercinta, hubungan mereka telah pun direstui peminat dan disifatkan bagai pinang dibelah dua.

Menerusi tinjauan dalam Instagram lelaki tersebut, ternyata Adam juga memiliki kebolehan menari sekali gus menguatkan lagi keserasian hubungannya bersama Agnes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI