fbpx

Gagal seludup 26 tan makanan haiwan dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor merampas 26 tan makanan haiwan dari Thailand ketika pemeriksaan di Pelabuhan Pasir Gudang, Isnin lalu.

PASIR GUDANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Johor telah menahan sebuah kontena yang membawa 26 tan makanan haiwan bernilai lebih RM105,000 di Pelabuhan Pasir Gudang, Isnin lalu.

Pengarah Maqis Negeri Johor, Hizzuan Hasim berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pegawai penguasa mendapati makanan haiwan dari Thailand itu tidak mempunyai label yang lengkap seperti dinyatakan dalam syarat permit import.

“Dalam pemeriksaan pukul 6.40 petang itu, kesemua barang dagangan yang bernilai RM105,337 telah ditahan untuk tindakan lanjut.

“Tindakan itu diambil setelah pegawai penguasa yang membuat pemeriksaan rutin mendapati ia telah melanggar syarat permit import kerana tidak mempunyai label yang lengkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Hizzuan berkata, tindakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jika sabitkan kesalahan tersebut.

Katanya, pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI