fbpx

Mayat reput tergantung disahkan mekanik hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meletakkan mayat yang ditemui tergantung di atas pengusung.

SETIU – Mayat lelaki reput yang ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan belukar di Kampung Alor Lek dekat sini semalam disahkan sebagai seorang mekanik yang telah hilang hampir sebulan lalu.

Identiti mayat lelaki berusia 34 tahun disahkan bapanya berdasarkan penemuan dokumen pengenalan diri, pakaian dan motosikal Honda EX5 miliknya di lokasi kejadian.

“Kali terakhir saya dan penduduk di Kampung Hulu Sat, Hulu Terengganu melihat anak lelaki saya ialah pada 8 April lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Lelaki berusia 60 tahun itu berkata, anak lelakinya mempunyai sejarah penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu pada tahun 2016.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Afandi Hussin berkata, pemeriksaan awal pakar patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Beliau berkata, setakat ini, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan lanjut masih diteruskan sehingga pihaknya menerima keputusan penuh bedah siasat.

Kosmo! hari ini melaporkan beberapa penduduk Kampung Hulu Sat yang masuk ke kawasan belukar untuk mencari rakan mereka hilang sejak hampir sebulan lalu gempar apabila terserempak dengan  mayat seorang lelaki di Kampung Alur Lek. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI