fbpx

Hide senarai premis berisiko tular Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA- Semua premis yang mempunyai risiko penularan Covid-19 akan disenarai dalam sistem amaran awal yang dikenali sebagai Hotspots Identification for Dynamic Engagement (Hide) bermula Jumaat ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perkara terbabit dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang baru-baru ini yang memutuskan pelaksanakaan sisten Hide.

Beliau yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, sistem terbabit membolehkan mana-mana premis ditandakan sebagai kawasan panas bagi kemungkinan wujudnya kluster baharu.

“Pelaksanaan sistem ini bagi memastikan semua pemilik premis dan pengunjung atau orang awam mengambil langkah norma baharu bagi memastikan tidak berlakunya sebarang penularan Covid-19.

“Senarai terbabit akan diumumkan oleh Pasukan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan dipamerkan dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelaksanaan sistenm Hide di pejabatnya hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pihaknya mengesan 1,660 lokasi berisiko mencetuskan kluster baharu susulan pelaksanaan sistem Hide malah, terdapat peningkatan lokasi berisiko yang dikesan dalam beberapa hari ini.

Katanya, antara lokasi berisiko yang dikesan seperti bazar, pejabat, pusat beli belah dan pasar raya malah majlis sosial juga tersenarai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI