fbpx

Lipan, lintah kenyang jadi buruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SHAIFUL bersama isterinya, Siti Junaidah Shuib menunjukkan rekaan barang kemas yang terdapat di kedai mereka di Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Peminat barangan kemas kini berpeluang menikmati dan membeli lebih 200 rekaan emas popular yang ditawarkan oleh Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn. Bhd.

Antara barang kemas yang menjadi rebutan pastinya gelang tangan dikenali dengan nama lipan, lintah kenyang, pulut dakap, roti bun, biskut tawar dan ketum.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Shaiful Hasri Shukri berkata, pihaknya akan memastikan pelanggan berpuas hati dengan kepelbagaian rekaan mengikut trend yang disediakan di kedai emas berkenaan.

Katanya, empat cawangan Kedai Emas Hajjah Halijah terletak di Jitra, Sungai Petani, Alor Setar dekat sini dan Kangar, Perlis.

“Kebanyakan golongan wanita meminati rekaan yang popular seperti lipan, lintah kenyang, pulut dakap, roti bun, biskut tawar dan ketum.

“Kami juga mempunyai barang kemas rekaan sendiri yang eksklusif iaitu gelang ETS dan bunga Dahlia,” katanya ketika ditemui di Kedai Emas Hajjah Halijah Cawangan Sungai Petani di sini baru-baru ini.

Kedai Emas Hajjah Halijah menawarkan pelbagai koleksi barang kemas.

Menurut Mohd. Shaiful, barang kemas di kedai berkenaan dijual pada harga bermula RM300 hingga RM50,000 seutas.

Beliau turut beliau mengakui jumlah pengunjung yang datang ke kedainya meningkat dua kali ganda pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap hari kedai emas dipenuhi pelanggan yang mahu membeli barang kemas untuk digayakan pada Aidilfitri nanti,” ujarnya anak kelahiran Kedah ini.

Jelasnya, setakat ini kedainya mempunyai kira-kira 500 ejen di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan 200 ejen melakukan jualan secara online.

“Ejen-ejen ini kita bantu dalam memastikan mereka memperoleh pendapatan dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 ini,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai tetap membeli emas meskipun dalam keadaan ekonomi tidak menentu kerana menyedari kepentingan pelaburan dalam bentuk emas.

“Jika sebelum ini orang ramai hanya datang beli barang kemas untuk tujuan perkahwinan, namun kini pelanggan datang tidak mengira musim,” katanya.

Kedai Emas Hajjah Halijah yang pertama di Jitra diusahakan oleh anak kelahiran Perlis, Hajjah Halijah Saad pada tahun 1992 sebelum membuka tiga cawangan lain di Sungai Petani, Kangar dan seterusnya di Alor Setar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI