fbpx

Seluar dalam tertera ayat Surah al-Hijr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara seluar dalam yang tertera sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Hijr.

SANDAKAN – Beberapa pasar raya di daerah ini dikesan menjual seluar dalam tertera sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Hijr.

Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, pemeriksaan serta semakan mendapati ayat yang tertera pada seluar dalam berkenaan adalah ayat 98 surah terbabit.

Beliau menyatakan ayat berkenaan membawa maksud ‘Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang bersujud’.

“Rampasan sudah dibuat dan kita hanya menunggu arahan seterusnya bagi tindakan lanjut.

“Kita juga dimaklumkan ada antara pakaian dalam sama turut memaparkan gambar berkaitan agama lain, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan mengeluarkan produk seumpama itu adalah tidak wajar selain dilihat seperti menghina agama Islam mahupun agama lainnya.

Terdahulu, gambar seluar dalam lelaki yang tertera ayat suci al-Quran menjadi tular di laman Sosial Facebook sejak semalam.

Ekoran kejadian itu, JHEAINS Sandakan membuat pemeriksaan dan mengesahkan perkara terbabit.

Turut tular gambar seorang anggota penguatkuasa yang sedang melakukan pemeriksaan ke atas produk pakaian berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI