fbpx

Bayi usia sebulan antara jalani calitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal sedang meninjau laluan alternatif yang biasa dilalui penduduk telah dihalang dengan kawat duri semalam.

TAMPIN – Seorang bayi perempuan berusia kira-kira sebulan antara penduduk Kampung Bangkahulu yang menjalani ujian calitan Covid-19 susulan tercetusnya Kluster Bangkahulu.

Perkampungan itu kini melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula hari ini hingga 12 Mei depan.

Menurut Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rosmawati Abdullah, 49, bayi berkenaan merupakan penduduk termuda, manakala penduduk tertua di kampung itu yang melakukan calitan berusia 84 tahun.

“Di kampung ini terdapat 111 rumah, namun buat masa ini hanya 89 rumah yang berpenghuni.

“Rumah yang tidak berpenghuni didapati telah dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan dan ada juga rumah yang dijadikan sebagai kediaman persinggahan sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, sebanyak 195 daripada 279 penduduk telah menjalani ujian calitan Covid-19 dan bakinya akan diselesaikan hari ini.

“Kes mula dikesan pada 15 April lalu dan sehingga kini sebanyak 39 kes positif Covid-19 telah direkodkan dalam Kluster Bangkahulu.

“Penduduk yang positif kini ditempatkan di tiga buah hospital iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan juga Hospital Segamat.

“Terdapat penduduk yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),” ujarnya.

Sementara itu, dalam tinjauan Kosmo!, selain laluan utama, terdapat kira-kira tujuh laluan tikus dipasang kawad duri bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk di lokasi perkampungan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI