fbpx

Mahu kongsi rezeki dengan orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima dividen, Muhammad Naqib Baihaqi (kiri) bersama Suraji (tengah) dan Zainal Abidin menunjukkan replika cek dividen yang diterima daripada RISDA dan FELCRA.

KUALA LUMPUR – “Mengambil berkat pada bulan puasa, sebahagian daripada dividen yang saya terima, akan dikongsi dengan mereka yang tidak mampu dan miskin,” demikian luah hati seorang pekebun kecil dari Kuala Selangor, Suraji Puniran.

Beliau merupakan antara penerima dividen daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) semalam.

Menurutnya,sebahagian daripada dividen berjumlah RM4,000 yang diterimanya akan disedekahkan kepada golongan tidak berkemampuan dalam usaha berkongsi rezeki sempena Ramadan.

“Saya mahu bagi sebahagian (duit dividen) kepada mereka yang tidak mampu,golongan miskin, anak-anak yatim ataupun jiran-jiran yang hidup susah.

“Saya sudah ada pendapatan sendiri menerusi tanaman sawit yang diusahakan, malah anak-anak seramai tujuh orang juga semuanya sudah bekerja,” katanya di sini semalam.

Tambah beliau, sebahagian dividen berkenaan juga akan dikongsikan bersama seorang rakan lagi memandangkan tanah RISDA yang diusahakan dikongsi secara bersama.

“Saya bersyukur kepada pihak terlibat atas peluang yang diberikan untuk bersama Risda,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang peserta FELCRA, Zainal Abidin Hitam melahirkan rasa syukur selepas menerima dividen dianggarkan berjumlah RM6,000 daripada Felcra.

“Saya bersyukur hasil yang diterima pada tahun ini lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ia memberi semangat kepada kami untuk terus bertungkus-lumus mengeluarkan hasil ladang lebih lumayan.

“Saya rancang untuk simpan duit dividen sebagai persedian masa depan kerana harga sawit ada turun naiknya, sekurang-kurangnya saya ada simpanan jika harga jatuh,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI