fbpx

295 ditahan ingkar SOP PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 295 individu ditahan semalam ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 288 individu telah dikompaun manakala tujuh lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis iaitu sebanyak 175 kes, tidak memakai pelitup muka (71) dan aktiviti pusat hiburan (4).

“Kesalahan lain termasuklah tiada penjarakan fizikal (4), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (2) dan lain-lain (39),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,264 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Katanya, seramai 3,541 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,903 anggota telah membuat pemantauan di 4,290 pasar raya, restoran (5,236), kilang (1,851), bank (4,105), pejabat kerajaan (1,192) dan penjaja (4,281).

“Turut dipantau ialah pasar awam atau tani (2,175), tempat ibadah (3,117), tempat riadah (1,638), terminal pengangkutan darat (1,307), terminal pengangkutan air (332) dan terminal pengangkutan udara (119),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai tiga pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi Op Benteng semalam manakala empat buah kenderaan darat berjaya dirampas.

“Sebanyak 159 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.

Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 272 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI