fbpx

Tragedi KRI Nanggala 402: Jawi saran laksana solat jenazah ghaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan agar masjid, surau Jumaat surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat jenazah ghaib bagi mendoakan keampunan dan kerahmatan mangsa-mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala 402.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, solat jenazah itu boleh dilakukan selepas solat Isyak, malam ini.

“Kami merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati bagi menghadapi musibah dan ujian yang berat ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan kesemua 53 anak Kapal Nanggala 402 telah meninggal dunia selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian di dasar laut.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi, 21 April lalu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam lain.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI