fbpx

PKPD Politeknik Mukah, 3 lokaliti di Sabah ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Politeknik Mukah, Sarawak pada 28 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan semua kontak rapat kes positif telah dikenal pasti dan diasingkan di pusat kuarantin yang disediakan

“Sebanyak 264 kes positif Covid-19 telah direkodkan oleh KKM hasil daripada 1,703 keseluruhan ujian saringan dilakukan.

“Semua penghuni Politeknik Mukah telah disaring sebanyak dua kali dengan kes terakhir dilaporkan pada 25 April 2021 iaitu dua kes,” katanya ketika sidang khas hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti di Tawau, Sabah iaitu di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung; Fasa Dua Taman Semarak, Mukim Sri Tanjung dan Kampung Tanjung Batu Keramat.

“Keputusan itu dibuat selepas KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI