fbpx

Kebenaran rentas sempadan masih dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri tidak pernah menjanjikan memperoleh kebenaran daripada kerajaan Singapura untuk memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang sudah divaksin di negara itu pulang menyambut Aidilfitri ke tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, soal merentas sempadan ini masih dalam perbincangan dan belum diputuskan lagi.

Katanya, terdapat segelintir pihak keliru berhubung perkara itu yang beranggapan bahawa kerajaan negeri menjamin bagi mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negara republik itu.

“Isu sempadan ini adalah melibatkan kerajaan dengan kerajaan dan terdapat banyak perkara yang perlu diperhalusi dan dipatuhi.

“Dalam soal ini, kita (kerajaan negeri) tidak dapat untuk memberi pengesahan kerana di luar bidang kuasa kita cuma akan terus cuba sebaik mungkin idea mengenainya dapat direalisasikan,” katanya.

Mohd Izhar berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Program Pembangunan Usahawan Negeri Johor 2021 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Ahad lalu, Mohd. Izhar menyatakan kelonggaran itu sedang dibincangkan termasuklah dengan menyediakan pas laluan hijau khas buat mereka yang terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI