fbpx

Tutup sekolah dua hari jika ada jangkitan kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Operasi persekolahan hanya akan ditutup selama dua hari untuk menyelaraskan kaedah jika terdapat kes jangkitan Covid-19 di mana-mana sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr.  Radzi  Jidin berkata, ia merupakan kaedah terbaharu yang sebelum ini hanya menutup kelas, bangunan, tingkat atau keseluruhan sekolah berdasarkan nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Menurut beliau, sebelum memutuskan mana-mana sekolah ditutup, sekolah berkenaan terlebih dahulu menerima pengesahan kes positif dari PKD dan melaporkan kes tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidkan Daerah (PPD) serta-merta.

Selepas itu, katanya, JPN akan mengeluarkan surat arahan penutupan sekolah selama dua hari dan membuat laporan kepada KPM serta-merta dan PKD akan melaksanakan penilaian risiko serta pengesanan kontak rapat selain memantau kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi.

“Sebelum ini kalau ada kes positif, sama ada kelas ditutup, bangunan ditutup, tingkat tertentu atau sekolah keseluruhan ditutup berdasarkan nasihat PKD, tetapi ada pandangan mengatakan seolah-olah kita tidak telus apabila ada sekolah ditutup, yang lain tidak ditutup pula.

“Jadi untuk penyelarasan, jika sah berlaku kes positif, sekolah akan maklumkan kepada JPN dan PPD kemudian JPN akan mengeluarkan arahan penutupan sekolah dua hari seterusnya ibu bapa akan dimaklumkan,” katanya dalam taklimat khas di pejabat beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut,  Radzi berkata, ketika tempoh penutupan sekolah itu, pihak sekolah bersama PKD akan membuat penilaian sama ada ia perlu dilanjutkan lagi atau sebaliknya.

Katanya, ia berdasarkan penilaian risiko yang dibuat PKD untuk melakukan analisa risiko dan pengesanan kontak rapat dan segala keputusan pelanjutan atau penamatan penutupan sekolah akan dimaklumkan kepada ibu bapa.

“Melalui kaedah ini tidak ada lagi kekeliruan dan sangsi kerana ia berdasarkan analisa risiko oleh PKD sebagai pihak yang berkuasa dan mempunyai kepakaran,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI