fbpx

PM Thailand didenda tidak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha didenda kerana tidak memakai pelitup muka hari ini selepas sekatan baharu Covid-19 berkuat kuasa dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut.

Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan di tempat awam membabitkan 49 wilayah dan ibu kota Thailand, Bangkok selepas wabak baharu dikesan terutamanya di lokasi menempatkan premis-premis hiburan seperti kelab malam.

Mereka yang ingkar peraturan pemakaian pelitup muka boleh dikenakan denda maksimum sebanyak 20,000 baht (RM2,606).

Selepas  gambar Prayut menghadiri mesyuarat tanpa memakai pelitup muka tersebar di media sosial hari ini, Gabenor Bangkok berkata bahawa Perdana Menteri itu telah didenda 6,000 baht (RM782).

“Sebagai Gabenor Bangkok, saya membuat mengajukan perkara itu kepada beliau dan Perdana Menteri menerima denda itu,” tulis Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang di Facebook.

Sebanyak 2,048 kes baru Covid-19 diumumkan hari ini. Sehari sebelumnya, Thailand mencatatkan angka kematian harian tertinggi Covid-19 dengan 11 kematian. -AFP