fbpx

Gelaran Datuk Seri Nicky ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor mendapat kelulusan permohonan Notis Merah bagi meminta bantuan Interpol untuk mengesan kedudukan Nicky dan Niu Zhe.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee ditarik balik.

Turut ditarik semula ialah gelaran Datuk yang diterima adik Nicky, Liow Wei Loon.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, penarikan darjah kebesaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu berkuat kuasa pada 21 April lalu.

“Penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, darjah itu perlu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Sehubungan itu, katanya, penama tidak dibenarkan lagi memakai sebarang gelaran dikurniakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI