fbpx

Enam sekolah lagi ditutup susulan Covid-19 di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah sekolah di Gemas diarahkan tutup selama dua hari bermula esok susulan pengesanan kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan. -IHSAN PEMBACA

SEREMBAN – Sebanyak enam buah sekolah lagi di negeri ini diarahkan tutup dalam tempoh empat hari susulan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam kalangan guru dan murid.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata,  arahan terbaharu yang dikeluarkan hari ini itu membabitkan enam buah sekolah, lima daripadanya di daerah Seremban iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, SMK Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) King George V, SK Desa Cempaka dan SK Methodist (ACS), manakala di daerah Tampin pula membabitkan SK Gemas.

Menurutnya, kesemua enam buah sekolah ini ditutup selama dua hari bermula esok dan keputusan sama ada sekolah dibuka semula bergantung kepada penilaian Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

“Penutupan berkenaan bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan menjalankan proses sanitasi.

“Bagaimanapun, penutupan sekolah boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan, nasihat dan penilaian risiko oleh PKD,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, empat buah sekolah rendah di daerah Jempol, Kuala Pilah dan Port Dickson diarahkan tutup selama dua hari bermula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI