fbpx

Akaun Instagram Didie Alias digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKAUN instagram Didie hari ini dilihat tidak mempunyai sebarang hantaran susulan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Akaun Instagram rasmi pelakon dan pengacara Didie Alias digodam pihak tidak bertanggungjawab sebentar tadi.

Perkara berkenaan dikongsikan rakan pelakon Nad Zainal dengan memaklumkan perkara tersebut sambil memuat naik tangkap layar akaun pelakon berusia 49 tahun itu.

“Instagram @ladydidiemsia baru sahaja digodam! Tolong semua. Kongsikan,” tulisnya.

Tinjauan Kosmo! Online mendapati akaun pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sudah tidak mempunyai gambar profil selain semua gambar dan perkongsiannya sudah dipadamkan.

Didie sebelum ini mempunyai seramai lebih 515,000 pengikut dan mengikuti 204 orang dalam Instagram.

Bagaimanapun, angka pengikutnya tidak berubah selepas akaunnya digodam tetapi jumlah orang yang diikutinya berubah kepada hanya dua orang.

Menyedari perkara tersebut, pengikut Instagram Nad berpendapat kemungkinan Didie terbuka kiriman mesej dihantar penggodam yang menyamar sebagai akaun rasmi Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI