fbpx

Ramai mahu Nadia Brian, Zizan bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rata-rata netizen menyifatkan Zizan dan Nadia serasi serta sepadan.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon Nadia Brian memuat naik bebrapa keping foto bersama Zizan Razak mengundang pelbagai usikan nakal peminat dalam Instagramnya.

Difahamkan mereka digandingkan menerusi penggambaran sebuah filem berjudul Rumah Maduku Berhantu arahan sutradara Profesor A. Razak Mohaideen.

“Sweet friendship refreshes the soul @zizanrazak869. (Persahabatan yang manis mendamaikan jiwa),” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan keserasian dan kesepadanan Nadia dan Zizan selain ramai yang mendoakan mereka berdua bertemu jodoh.

“Bagai pinang dibelah dua. Zizan single (solo), Nadia pun solo.

“Sesuai sangat. Marry her (kahwini dia) Zizan. Muka pun hampir sama. Jodoh kuat ni,” tulis netizen.

Hantaran tersebut menerima lebih daripada 20 ribu tanda suka dan dihujani pelbagai komen nakal serta doa peminat.

Terdahulu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu awal bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI