fbpx

269 individu ditahan, 250 orang dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 269 individu ditahan semalam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 250 individu telah dikenakan kompaun manakala 16 direman dan tiga dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling banyak direkodkan adalah gagal mendaftar masuk premis iaitu sebanyak 84 kes.

“Ia diikuti dengan kesalahan aktiviti pusat hiburan (74), lain-lain (66) dan tidak memakai pelitup muka (45).

“Dalam operasi pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, sebanyak 64,280 pemeriksaan telah dibuat bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, pihak berkuasa juga berjaya menangkap 76 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas dua buah kenderaan darat menerusi Op Benteng, semalam.

“Dalam operasi itu juga, pihak berkuasa turut mengesan 157 buah bot/kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.

“Operasi tersebut melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 273 sekatan jalan raya (SJR). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI