fbpx

Lantai ilusi optik cegah orang berlari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANTAI ilusi optik menunjukkan lorong yang dibuat untuk menghentikan orang daripada berlari ketika melalui kawasan ini. – Reddit

LONDON – Gambar lantai sebuah koridor yang lokasinya tidak didedahkan tular di media sosial baru-baru ini kerana menunjukkan seolah-olah lantai tersebut berlekuk, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut pengguna platform sosial Reddit yang memuat naik gambar itu, TriggeredGuy001, lantai itu direka menggunakan ilusi optik. Tujuannya adalah untuk mencegah orang ramai berlari-lari di koridor tersebut.

Dipercayai terletak di sebuah sekolah, lantai itu dianggap cara paling berkesan untuk mencegah pelajar berlari di koridor yang mempunyai deretan bilik darjah di sebelah kiri dan kanannya.

“Lantai ilusi optik ini direka untuk menghalang orang berlari-lari apabila melalui lorong ini,” tulisnya.

Sejak dikongsi awal minggu ini, gambar itu mendapat 12,600 tanda Like dan mengundang beratus-ratus komen memuji kebijaksanaan pemilik bangunan itu.

“Saya mungkin tidak mampu untuk berjalan di atas lantai ini apatah lagi mahu berlari,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ilusi optik ini sangat bijak, saya tidak akan berani untuk berlari dan akan berhati-hati bila melalui koridor dengan lantai seperti ini,” komen seorang lagi netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI