fbpx

Ronaldo tidak akan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO bakal meninggalkan Turin menyebabkan spekulasi perpindahannya ke Real diperkatakan banyak pihak. – AFP

MADRID – Presiden Real ­Madrid, Florentino Perez menolak kemungkinan bahawa bekas bintangnya, Cristiano Ronaldo akan kembali ke Santiago Bernebeu musim depan.

Penyerang Juventus itu dilaporkan bakal meninggalkan Turin ekoran penstrukturan kewangan yang bakal dilakukan oleh gergasi Itali itu menyebabkan spekulasi perpindahannya ke Real mula diperkatakan.

Kepulangan Ronaldo ke Real pada musim panas nanti dianggap sebagai sebahagian daripada perancangan Perez untuk memastikan beliau terus kekal dipilih sebagai individu paling berkuasa di kelab berkenaan pada pemilihan nanti.

“Cristiano Ronaldo tidak akan kembali ke Real Madrid.

“Ia langsung tidak masuk akal kerana dia masih memiliki kontrak bersama Juventus. Saya ­sangat sayangkannya dan dia telah memberikan sumbangan besar untuk kelab ini,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perez itu menyebaban timbulnya desas-desus bahawa Real kini sedang merancang untuk mendapatkan bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Mbappe ketika ini sedang memasuki 12 bulan terakhir kontraknya di Paris tanpa sebarang tanda-tanda bakal memperbaharuinya menyebabkan Real bersedia dengan tawaran lumayan tetapi Perez belum bersedia mengakuinya.

“Peminat selalu me­minta saya pergi mendapatkan Mbappe. Saya meminta supaya mereka bertenang. Hakikatnya, dia adalah seorang pemain yang baik.

“Saya tidak pernah bercakap dengan Mbappe ataupun PSG. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengan kontraknya di sana,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI