fbpx

Perak tiada mentaliti kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK FC gagal untuk mengutip mata penuh dalam setiap aksi mereka ekoran sentuhan penyudah yang tumpul serta masalah kecederaan yang membelenggu. – FB PERAK FC

Oleh AZIZAN HASHIM

KETUA jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt menganggap para pemainnya tidak memiliki mentaliti kemenangan menyebabkan mereka gagal mengutip mata ­penuh dalam beberapa perlawanan lalu.

Menurutnya, skuad kendaliannya sentiasa berjaya menguasai permainan, namun mereka gagal untuk memenangi perlawanan ekoran banyak peluang yang terhasil gagal disudahkan dengan baik.

“Kegagalan menyudahkan peluang-peluang yang dimiliki meletakkan pasukan dalam ke­sukaran dan meningkat tekanan kepada barisan pemain pertahanan.

“Para pemain sesetengahnya seperti tidak memiliki semangat dan keyakinan diri untuk beraksi dan mencari kemenangan dalam perlawanan yang dihadapi,” ­katanya.

Selain masalah kewangan yang membelenggu pasukan itu, Yee Fatt mengakui Perak FC juga turut berdepan masalah kece­deraan para pemain menyebabkan mereka gagal menyenaraikan skuad terkuat dalam setiap aksi.

“Memang banyak masalah tetapi yang utama ialah kecede­raan. Saya tidak dapat menurunkam kesebelasan utama ke­rana ramai yang cedera.

“Saya cuma ada 12 pemain yang sihat manakala yang lain cedera menyebabkan saya tidak punyai banyak pilihan,” tambah Yee Fatt.

Katanya, situasi itu menyebabkan beliau terpaksa memanggil khidmat beberapa pemain muda untuk beraksi bersama skuad senior sekali gus menyebabkan Perak FC gagal untuk mempamerkan kekuatan sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI