fbpx

Pakcik botak itu bukan gua! – Joe Flizzow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR seorang lelaki (kanan) yang dikatakan mempunyai wajah seakan Joe Flizzow tular dalam media sosial.

LETAK ketepi seketika isu-isu panas menggelegak, mari hiburkan hati dengan cerita Joe Flizzow.

Baru-baru ini tular satu rakaman video kejadian samun oleh sekumpulan lelaki di Klang, Selangor. Memang kejam sungguh tindakan mereka sehingga memecahkan tingkap kereta dinaiki mangsa.

Memang ramai yang geram dan sakit hati tengok perangai samseng mereka, tapi Mizz Lahar paling tak dapat tahan ketawa tengok netizen menyamakan salah seorang penjenayah dalam video tular tersebut dengan Joe.

Lebih membuatkan semua bertambah geli hati, ada netizen yang terlampau rajin menyunting video berkenaan. Caranya dengan meletakkan sedutan individu itu sedang memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan lagu Ciao nyanyian Joe.

Kurang sehari, Joe pula memuat naik sebuah video ‘troll’ menjelaskan dia bukan pak cik botak tersebut.

“Pakcik botak itu bukan gua!” seloroh Joe dalam video tersebut.

Sampaikan nama Joe trendinglah dalam Twitter! Daripada kisah samun, terus jadi cerita kelakar. Belum lagi ada yang buat macam-macam ‘meme’ guna wajah lelaki itu. Alahai kreatif sungguh netizen zaman sekarang.

MIZZ LAHAR: Suka tengok hubungan akrab Sheila Rusly dengan bakal menantunya Elisya Sandha. Untung dapat ilmu memasak dengan Sheila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI