fbpx

Dadah ‘Thank You’, ejen hotel ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tunggal kepada enam orang anak dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 149.5 gram di sebuah hotel, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid mensabitkan Shahfary Sabri, 47, terhadap tuduhan itu selepas berpuas hati tiada keraguan munasabah ditimbulkan oleh pihak pembelaan dalam kes itu.

Ejen bebas yang bertugas mendapatkan pelanggan hotel itu didakwa mengedar dadah kira-kira pukul 11 malam, 19 Oktober 2018 di hadapan bilik sebuah hotel di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd. Hadi manakala tertuduh diwakili oleh peguam Haris Salleh Hamzah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI