fbpx

UEFA kenal pasti dalang utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODWARD turut dikaitkan sebagai perancang utama dalam pembentukan saingan ESL yang menerima tentangan UEFA. – AFP

NYON, Switzerland – Pre­siden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Cefe­rin mendakwa dua individu berpengaruh dari kelab Manchester United, Ed Woodward dan Andrea Agnelli dari Juventus sebagai perancang utama dalam penubuhan Liga Super Eropah (ESL).

Sebagai rekod, ESL telah di­umumkan secara rasmi kelmarin dengan penganjurannya bakal menghimpunkan 12 pasukan gergasi di Eropah seperti Arsenal, United, Manchester City, Liverpool, Tottenham Hotspur, Chelsea, Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, Juventus, Inter Milan dan AC Milan.

Kata Ceferin, ketika badan induk bola sepak itu berusaha untuk mengubah format saingan Liga Juara-Juara (UCL), ada beberapa pasukan telah membelot dengan melakukan komplot untuk menubuhkan saingan ‘ha­ram’ yang tidak diiktiraf hanya kerana mahukan dana tambahan.

“Saya sudah berada lama dalam bola sepak tetapi tidak pernah berjumpa pembelot seperti Woodward. Secara jujur, saya telah berhubung dengannya pada minggu lalu untuk membincangkan tentang format Liga Juara-Juara Eropah dan bersetuju dengan keputusan itu tetapi dia tidak bercakap sedikit pun tentang penyertaan ESL.

“Sementara itu, Agnelli lebih teruk kerana dia adalah dalang daripada semua perkara ini, malah, dia telah berbohong kepada saya bahawa ESL hanyalah khabar angin pada Sabtu lepas sebaliknya kenyataan media rasmi telah dikeluarkan kelmarin,” katanya.

Sementara itu, UEFA telah mengesahkan format Liga Juara-Juara bermula musim 2024 akan berwajah baharu dengan penambahan penyer­taan pasukan ke 36 berbanding 32 ketika ini.

Malah, saingan turut dilangsungkan dengan peringkat awal menyaksikan sembilan pasukan me­nyertai empat kumpulan sahaja berban­ding format sedia ada iaitu lapan kumpulan musim ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI