fbpx

Seladang ‘angau’ kembali semula ke hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seladang ini dilaporkan hanya ingin bersiar-siar dengan lembu betina tersebut. -Thai Nation

BANGKOK – Seekor seladang yang meloloskan diri dari Taman Negara Khao Sok di wilayah Surat Thani, selatan Thailand dan sebelum ini dilapor menjalin ‘hubungan cinta’  dengan seekor lembu di sebuah ladang kelapa sawit sudah pulang ke tempat asalnya, lapor akhbar The Nation Thailand Hari ini.

Seladang itu bertemu dengan lembu betina di ladang kelapa sawit tersebut yang terletak 500 meter dari lokasi ia dilaporkan terlepas ke situ Sabtu lalu.

Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan (DNP) menerusi Facebook rasmi mengumumkan telah memantau seladang  itu sepanjang masa.

Semalam, pegawai DNP melaporkan seladang  itu tidak lagi berminat menjalin hubungan ‘romantik’ dengan lembu betina yang dijumpainya itu dan ia hanya mahu bersiar-siar.

Pemilik lembu betina itu telah membiarkan lembunya keluar dari kandang dan seladang  itu kemudian mengikuti lembu itu seketika sebelum kembali semula ke hutan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN