fbpx

MPKL akan indahkan semula taman rekreasi Taman Banting Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan di Tasik Banting Baru, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mempunyai perancangan menyeluruh dalam mengindahkan dan menaiktaraf taman rekreasi di Taman Banting Baru termasuk di Tasik Banting Baru di sini.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim berkata, ini termasuk beberapa permohonan peruntukan daripada pihaknya meliputi RM318,000 bagi projek naik taraf taman tersebut semasa lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin ke MPKL pada 15 April lalu.

“Kita turut memohon peruntukkan sebanyak RM800,000 kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (Unit Perancang Ekonomi Negeri) di bawah permohonan projek bagi Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tujuan membaik infrastruktur sekitar Tasik Banting Baru yang telah usang.

“Selain itu, peruntukkan sebanyak RM239,880 juga dipohon untuk penyelenggaraan kemudahan pelancongan termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan tapak dan bangunan warisan daripada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan pemandangan Tasik Banting Baru di sini yang dahulunya indah kini bertukar menjadi ‘sarang sampah’ apabila dicemari pelbagai bahan buangan termasuk rangka motosikal.

Mengulas lanjut, Amirul menjelaskan pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Persekitaran telah mengambil tindakan setelah menerima laporan Jabatan Kejuruteraan MPKL berhubung sampah di Tasik Banting Baru itu.

“Pihak Kumpulan Darul Ehsan Waste Management (KDEBWM) telah membantu membersihkan sampah di tasik tersebut meskipun tidak termasuk dalam skop kerjanya.

“Kita juga telah menerima keputusan analisis pada 5 April lalu bahawa tidak bertoksik dan berbahaya terhadap analisa kualiti air di kawasan itu yang dikatakan tercemar pada 25 Mac lalu,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN