fbpx
Khairy Jamaluddin

Isu kelembapan perolehan vaksin: ‘Saya sedia disiasat’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Saya sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat,” kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Itu pendirian Khairy Jamaluddin susulan gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu siasatan bebas dilakukan berikutan isu pemerolehan bekalan vaksin Covid-19 yang perlahan dihadapi negara ketika ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau sekali lagi menjelaskan bahawa kerajaan sudah mendedahkan beberapa kontrak pembelian vaksin kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 5 Januari lalu.

Menurutnya, pada sesi itu, beliau turut mendedahkan jadual penghantaran vaksin dan harga yang dibayar oleh kerajaan.

“Antara ahli PAC yang hadir dan memperhalusi kontrak perolehan vaksin pada hari berkenaan termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

“Saya juga telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang pada 19 Mac lalu berkenaan perkara sama namun, Anwar tidak hadir pada sesi itu.

“Harapan saya agar Anwar akan terus mengikuti pelaksanaan PICK  dan memberi kritikan bernas untuk saya jawab,” katanya.

Sebelum ini, Anwar menggesa satu siasatan bebas dikendalikan Parlimen bagi mencari punca ‘kelembapan’ kadar pemerolehan vaksin oleh kerajaan pusat, negeri dan pihak swasta ketika ini.

Dakwanya lagi, setakat ini, kurang tiga peratus rakyat Malaysia sudah mendapat suntikan vaksin Covid-19 menyebabkan beberapa kerajaan negeri, syarikat swasta dan yayasan berusaha sendiri memperoleh bekalan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berkata, beliau mengulangi pendirian kerajaan bahawa PICK kini sedang dilaksanakan mengikut fasa yang telah diumumkan sejak 14 Februari lalu selepas mengambil kira jadual penghantaran vaksin. -K! ONLINE